Rabu, 18 November 2015

Photo Shoot - 4 x 4 WEST ADVENTURE - Part 02

Dah sampai ke belum? Belum lagi... jadi usha-usha la keliling tengok bukit-bukau. Kiri hutan, kanan hutan. Sampai port yang cantik aku turun ambik gambar. Sekali dua turun naik, ok lagi. Berbelas kali turun naik kenderaan, sakit jugak pinggang ni.

(Gambar: Azizi)

Tapi kenapalah tak hujan hari ni, kalau tak mesti lebih mencabar lagi. Nak merasalah main lumpur macam dalam TV tu. Dalam pada itu kami berdoa je lah agar hujan petang ni

 Dah mula masuk jalan balak menuju ke Kampung Pagi

 Nampak kenderaan dah mula disaluti debu...

 Slow-slow bang... eh, bukan laluan ni untuk kenderaan 4 roda je ke. Ni dua roda boleh je lalu. Boleh, jika kenderaan itu adalah scrambler! (jawab untuk diri sendiri)

Tak lama lepas tu sampailah kami ke Kampung Pagi. Ni Hostel Kampung Pagi

Kampung Pagi di Hulu Tembeling adalah antara destinasi pelancongan selepas Taman Negara Kuala Tahan yang menjadi tumpuan utama pelancongan ke daerah ini. Ia kerana hutan tropika itu dipenuhi flora dan fauna selain terdapat kehidupan tradisional penduduk Melayu termasuk suku Orang Asli Batek di persisiran Sungai Tembeling. Tapi semasa kami sampai tiada apa-apa aktiviti orang kampung dapat aku rakamkan kerana kesuntukan masa kerana kami perlu sampai ke Kampung Mat Daling sebelum petang. Ada kami berselisih dengan Orang Asli Batek ni semasa dalam perjalanan.

Selain dari itu, Kampung Pagi juga merupakan salah satu destinasi pelancongan inap desa di bawah pengurusan Jawatankuasa Kemajuan Keselamatan Kampung (JKKK). Ini pasti memberikan pengalaman baru kepada mereka yang ingin merasai kehidupan suasana kampung.

Budaya penduduk tempatan yang masih mempertahankan ciri tradisional termasuk juadah makanan berasaskan sumber hutan dan sungai juga pasti menjadi tarikan pengunjung yang mahukan suasana tenang dan jauh daripada kesibukan kota besar. 

Kebiasaannya pelawat yang singgah di kampung ini akan memancing ikan air tawar di Sungai Pengau dan meredah Hutan Lipur Pengau untuk menghayati keindahan alam sekitar termasuk melihat pelbagai jenis flora dan fauna.

Ni kedai makan

Di tepi Sungai Tembeling. Di Sungai Tembeling ini juga pernah menjadi laluan Mat Kilau dan pahlawan lain semasa zaman penjajahan Inggeris dahulu

Perahu nelayan sungai dan perahu untuk membawa pelancong merentas Sungai Tembeling ke Taman Negara

Perkara yang turut menggamit keindahan Sungai Tembeling juga ialah habitat ikan air tawarnya iaitu ikan kelah, ikan patin, ikan jelawat, ikan lawang, ikan baung, ikan temoleh dan pelbagai spesies akuakultur lain yang boleh dipancing di kawasan tersebut. Ha? Memancing? (*Teringat rod pancing!)

Perjalanan kami teruskan melalui Kampung Sat dan Kampung Bantal untuk makan tengahari

Berselisih dengan lori balak yang keluar masuk

Kalau jalan luas takdelah takut sangat

Tapi kalau laluan sempit cam gini... berderau jugaklah. Tengok balak atas lori tu macam nak jatuh je

Berenti kejap ambik gambar

Berhenti periksa kenderaan

Sampai di tepi Sungai Tembeling untuk makan tengahari selepas melalui Kampung Bantal. Time tengahari macam ni mula teringatkan bantal. rasa nak lelap kejap. (Dah nama Kampung Bantal, mata mula rasa mengantuk)

Makan tengahari sambil membetulkan urat kaki dan tangan

View di tepi Sungai Tembeling

(Gambar: Shahir)
Sungai Tembeling. Ia juga merupakan cawangan utama Sungai Pahang. Ia membentuk sebahagian dari sempadan Taman Negara


Selepas makan tengahari (pack lunch) kami teruskan perjalanan menuju ke Kampung Mat Daling yang mana ia menjadi hentian terakhir kami di sana sebelum meneruskan perjalanan keesokan harinya. So, perjalanan separuh hari ni pun aku dah mula sakit pinggang dan kaki, kalau betul-betul adventure macam Camel Trophy tu mau tercabut kepala lutut dan buah pinggang aku... ini baru pengalaman ye tak. Kalau tak cuba, tak merasalah nampaknya.

Bersambung...

Untuk komen, sila email ke alipancing@gmail.com