Khamis, 16 Oktober 2014

Pengakap Laut MALAYSIA

Lokasi: Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur
Masa: 8.30 Malam

Bersenam? Bukan. Jogging? Pun bukan sebab perut tak berapa nak boroi sangat. Sebenarnya nak tengok anak aku yang katanya dia ada buat persembahan di situ. Okeylah, aku pun dah sedia maklum anak aku yang sorang ni aktif betul dengan muzik gamelan dan caklempong di sekolahnya. Ada jugak main di pertandingan gamelan antara sekolah-sekolah, majlis-majlis korporat dan kenduri kahwin. Dapatlah sikit duit saku lepas show tu.

 Banner

Sampai-sampai je aku malam tu rupanya ada Perhimpunan Pengakap Laut. Dan sekolah anak aku terlibat dengan persembahan gamelan dan caklempong sempena majlis tu. Banyaklah sekolah yang terlibat.


Perhimpunan anjuran Persekutuan Pengakap Malaysia itu memfokuskan kepada kepentingan ilmu kepelautan (kemahiran mengemudi atau mengendalikan kapal) serta aktiviti air dan ia disertai lebih 350 anggota Pengakap Laut - Petikan dari Harian Metro. 
(Patutlah dibuat di tepi tasik, ada latihan praktikal dengan Jabatan Bomba dan Penyelamat)

Show

Show

 Bergambar sebelum balik (Aku yang balik)

Alat muzik

Ok, patutlah ramai bebenor budak-budak sekolah yang pakai unifom Pengakap Laut. Aku pun first time jugak dengar nama Pengakap Laut ni. Masa zaman sekolah dulu merasalah pakai baju Pengakap yang kaler kelabu tu... lepas ambik gambar lebih kurang lepas diorang buat persembahan aku terus balik sebab ibu bapa tak dijemput pun, kira tu majlis untuk diorang je tu... jangan nak menyibuk lama-lama, diorang nak berkawad pulak.