Rabu, 16 April 2014

Mancing BELUT

Kebetulan balik kampung orang rumah hari tu, bapak sedaranya bagi 3 ekor belut untuk aku bawak balik. Risik punya risik dia ada satu port paya yang dah kering airnya, maka lubang-lubang belut pun timbul lah... (timbul ke?) Petang tu dia ripit lagi. Aku capai kamera, ikut dia menyusuri denai, ranjau dan onak duri semua cukup. Takdelah jauh mana, belakang rumah dia je.


Anak-anak aku - lepak-lepak kat kebun rozel jumpa sepupu diorang

Lepas tu lepak kat kebun serai pulak

Adapun menurut kata Apak aku ni (kitorang panggil Apak je - ganti nama Bapa Sedara), sekarang ni musim kemarau. Paya kat belakang rumah tu dah kering airnya. Mulanya aku cuak jugak tengok kawasan paya tu. Semak samun semua cukup... jangan kata ular je melepak kat sini, babi hutan pun boleh tumpang sekaki, cuma tak jumpa je... petang tu kami menuju tempat kejadian dengan hati yang riang untuk memancing belut!

"Apak cakap belakang umah je... kenapa tak sampai-sampai lagi..."
"Tu la tu... betul la belakang rumah dia, tapi jauh leee..."
Kena la menapak sikit ke paya tu walaupun letaknya di belakang rumah. Maklumlah... tanah kebunnya luas.

"Ha... ni la lubang belut tu..."
"Jaga Apak, cam lubang ular je..."
"Kau ni mulut celupar laa... "

Lubang Belut - masa dia nak makan umpan, air kat lubang tu beralun sikit

Teknik memancing belut ni lain sikit dari memancing ikan. Hanya guna tangsi yang kasar dan mata kail besar berumpankan cacing tanah. Batang buluh atau kayu pendek sepanjang 1 kaki bertindak sebagai rodnya. Masa nak masukkan umpan dalam lubang dia, kocak-kocak sikit air yang bertakung kat lubang dia untuk menaikkan aroma cacing tu. Lepas tu masukkan mata kail yang dah diletakkan umpan tadi. Kalau satu-satu lubang tu berpenghuni, tak payah tunggu lama. Tak sampai lima minit umpan dah dimakan belut tu. Masa tu tali tangsi tadi dah menegang sambil dibawa masuk ke lubang dia. Tarikkan belut ni boleh tahan kuatnya. Patutlah kena guna tali tangsi yang kasar sikit. Kena tarik dia perlahan-lahan keluar dari lubang dia. Aku pernah memancing belut di Tanjung Karang dulu, ada sorang kawan aku ni dia degil nak guna rod dan kekili macam mancing ikan tu. Patah rod pancing dia dikerjakan si belut tu... 

Kawasan paya dah terang sikit. Kalau nak mancing port baru kena la tebas semak samun tu

Ni lubang dia lagi

Ada jugak lubang-lubang tu tak berpenghuni. Kena rajin tunggu dan tunggu laa....

Sekali kena hasilnya agak memberangsangkan!

Ada banyak lubang belut kat sini

Umpan dah masuk...

Hasilnya

Apak sedang cari lubang baru... kena randuk semak samun. Selamber je tak pakai baju. Kalau aku dah berguling gatal-gatal satu badan

Menahan tarikan belut

Dapat sekor, tapi kecik je...

Bila dah bergelimpangan camni macam ular pulak... anak aku la kata

Sedar tak sedar, dah nak masuk Maghrib semua bergerak pulang

Burung pun dah balik ke sarang

Belut goreng cili nyam... nyam... nyam...

Syukurlah rezeki hari tu. Demikianlah kisahnya...