Jumaat, 17 Januari 2014

Trip Cuti Sekolah Lumut-Pulau Pangkor 02 (Jalan-Jalan ke Lumut)

Dah sampai, check in di GM Holiday Hotel, Lumut. Semua hotel kat Pulau Pangkor dah penuh sebab cuti sekolah. Hotel ni boleh dikatakan oklah buat tumpang tidur dan melepaskan penat. Bilik kemas dan bersih. TV flat screen 32 inci, besar la jugak. Staffnya friendly melly... aku rekemen la kalau-kalau takde tempat nak menginap kat area Lumut ni, try hotel ni (kena booking awal jugak, selalu penuh je). Walaupun hotel ni takde bintang, tapi berbeza dengan hotel budget lain yang pernah aku menginap.

Selesai urusan check in, diberi satu kunci bilik, remote air cond dan remote TV. Lepas check out nanti kena pulangkan kat kaunter... jangan bawak balik pulak, kang GM dia carik mana mau larik...


GM Holiday Hotel

"Adik nampak dompet ayah banyak resit je... duitnya mana?"
"Ada kat celah ni haa... eh, ni resit Giant..."

Hiasan di lobi

 Ruang untuk serve internet kat tepi lobi... wifi free (untuk yang menginap je)


Bilik di tingkat 1, buat yang sakit lutut sila panjat slowly


Bilik Deluxe King... tak sempat ambil gambar katil


Kat luar disediakan water dispenser. Air panas dan sejuk boleh diminum begitu saja


Hiasan dalam bilik

Ada selipar Jepun dalam bilik (Kita yang pakai, Jepun dapat nama)


Boleh masak air buat kopi


Air cond OK, tak bergegar


Bilik air jugak bersih. Sabun dan syampoo dia wangi tak ingat

Lepas kemas apa yang patut orang rumah sediakan makan tengahari sebab perut masing-masing dah berbunyi. Ketam yang dia beli kat Bagan Datuk tadi sedia untuk dimasak. Kitorang memang dah plan nak makan megi ketam pun, so bawak dapur camping dan mulakan memasak... errr... jangan tiru aksi ini, kat dalam bilik hotel tak boleh memasak! (Sambil pandang kiri kanan)

 Megi dah siap rebus, ketam dah siap kopek


Buat kuah ketam dulu 


Dah masak! Kuah ketam curah je atas megi tadi... jadilah Megi Ketam! (Haram takde orang nak heran)


Lepas Asar merayau kejap sekitar Lumut Waterfront, Jeti Lumut & Dataran Lumut. Dari hotel tak jauh pun, lebih kurang 10 minit memandu. Nak ke Teluk Batik dah padat sangat. Mungkin cuti sekolah kot, ramai dengan orang dan kereta keluar masuk. Parking pun nampak macam dah penuh je... 

Lumut pun dah lama tak dikunjungi, sama je macam dulu jugak cuma Makcik Peah yang jaga parking tu dah takde. Dapat keje lain kot. Sampai sini macam-macam kedai ado. Boleh rambang mato dibueknyo. Tapi sasaran kitorang cuma beli makanan ringan je buat kudap-kudap. Budak-budak suka la...


Promosi hebat, ikan bilis mata biru?


Anak aku belek jugak ikan bilis ni... nak tengok mata ikan bilis tu.
"Ayah takde pun mata biru ikan bilis ni..."
"Memang la sebab dah kena rebus, hilang la bijik mata dia..."

*Bilis mata biru ni paling famous la antara bilis-bilis yang sespesis dengan dia. Ia kecil, lembut dan lebih manis.


Makanan ringan kesukaanku masa kecik-kecik dulu. Dah tua-tua sekarang ni dah tak berapa selera nak makan


Ini budak  lagi la sukaaaa...

Selain kedai-kedai yang menjual makanan ringan, ikan masin, pakaian dan basikal ada jugak kedai cenderahati. Punyalah banyak sampai tak tahu nak pilih yang mana satu. Semua cantik-cantik dan colourfull. Reban kambing pun kalau diorang bikin cantik-cantik mesti kita ingat tu barang cenderahati jugak... meh tengok apa ada kat dalam kedai ni...


Errkk... ikan buntal pun dah dikomersialkan. Dulu takde pun orang terpikir nak buat menatang ni sebagai barang hiasan. Patut la orang komplen, susah betul nak mancing ikan buntal kat perairan Lumut sekarang ni... rupanya dah masuk kedai!


Perut Ikan... aku ingatkan gading gajah! Orang kedai cakap kalau buat masak lemak atau asam pedas memang terangkat. Harga boleh tahan. Kolesterol pun boleh tahan jugak ni


Fridge Magnet (FM) pun cantik jugak


Kapal


Macam-macam hasil laut dijadikan hiasan


Eh! Bukan ikan buntal tadi ke? Bukan, ni yang takde lampu... murah sikit


Ikan-ikanan lagi


Ada jugak jual makanan ringan


"Ayah, kat dalam ni tak boleh amik gambar laa..."
"Mana tahu..."
"Tuuu... dia dah tulis dah..."
Ayoyyo... habis semua ceruk aku snap dengan riang ria, baru perasan ada sign tak boleh amik gambar dalam kedai ni. Tu pun anak aku tegur


Patut la 'tuan kedai' ni pandang semacam je... orang kat dalam kedai pun pandang-pandang jugak, tapi segan kot nak tegur kat pelancong macam aku ni hihihihi...
(Sambil jinjing kamera keluar kedai)


Ni la Jeti nak ke Pulau Pangkor esok... (Orang lain dah tahu lama dah)


Tepi Jeti Lumut


Dah tak larat berjalan, si abang jadi mangsa kena gendong...


Bazar Lumut. Banyak barang jugak yang dijual kat dalam ni. Tapi surau takde... kena semayang kat bangunan Lumut Waterfront tu


Well... this is No Smoking area okey...


Senja di Lumut Waterfront



Dah puas berjalan dan bergambar, lepas Maghrib balik semula ke Hotel. Overallnya Lumut memang menarik untuk dikunjungi lagi. Barang-barang masih murah cuma kena pandai survey banyak kedai la. Kat Dataran Lumut paling cantik kalau nak amik gambar matahari terbenam. Tapi hari tu orang ramai sangat bertenet kat situ, tak dapat port yang cantik untuk shoot. Lagipun time tu ada bazar kat tepi jalan, tu yang ramai orang...

Sampai hotel, berehat dan tidur secukupnya sebab esok nak ke Pulau Pangkor... Pulau Pangkor... Pu... Pangkor... Pang... Zzzzzzzzzz....zzzzzzzzz....