Khamis, 30 Januari 2014

Trip Cuti Sekolah Lumut - Pulau Pangkor 04 (Jalan-Jalan Teluk Intan & Mee Udang BNO)

Awal pagi selepas check out di Lumut, perjalanan diteruskan ke Teluk Intan untuk melawat Menara Condongnya.  Kali terakhir aku ke sini waktu aku Darjah 5 dulu semasa lawatan sekolah. 

Melalui jalan Sungai Manik baru nampak sawah padi yang menguning. Berhenti di tepi jalan untuk shoot sawah padinya. Orang lalu alang tertoleh-toleh tengok kitorang... 

Sawah luas terbentang

Pokok padi

Serumpun padi daunnya rimbun

Pokok padi

Sawah padi hijau menguning

Menara Condong Teluk Intan

Sampai di Teluk Intan terus mencari Menara Condongnya. Selepas berpusing-pusing mencari akhirnya jumpa juga Menara Condong yang menjadi kemegahan Teluk Intan. Walaupun menara ini sudah terlalu tua, bentuk pagodanya masih berupaya memukau mata pengunjung Bandar Teluk Intan. Bumbung puncaknya mirip tudung saji, manakala bumbung serambi pula berbentuk pisang sesikat. Dari jauh bangunannya kelihatan seperti memiliki lapan walhal apabila dipandang dari jarak dekat, menara ini hanya ada tiga aras sahaja. Kira-kira 110 anak tangga dibina secara melengkung dan menghubungkan setiap tingkat. Konkrit asas bangunan diperbuat daripada susunan batu bata melebar, kira-kira 14.3 meter garis pusat ukuran tapak, tetapi menguncup ke atas sebanyak sembilan meter.

Bumbung pisang sesikat dan tiga buah serambi yang melengkung meliliti bangunan asas seolah-olah menyembunyikan susunan batu bata itu. Di bawah bangunan terdapat sebuah telaga yang mengandungi air sedalam 4.3 meter sebagai pengimbang struktur bangunan sekiranya berlaku sebarang gegaran yang kuat di persekitarannya. Pada awal abad ke-20, menara ini berfungsi sebagai takungan air yang disedut daripada Sungai Perak untuk keperluan 8,000 penduduk setempat tetapi kini tidak lagi. Sebaliknya, menara ini menjadi tersohor pula kerana bangunan asasnya kelihatan condong kira-kira satu darjah dari sebelah barat laut, seolah-olah mengingatkan umat Islam hala kiblat,  jam besarnya yang berbunyi setiap 15 minit dan dentingan ini mampu didengari sejauh lima kilometer, terutama ketika malam hening. Itulah antara keunikan menara condong Teluk Intan yang siap dibina pada tahun 1885 di atas timbusan tanah bekas  terusan buatan manusia. Menara ini terletak di sudut Jalan Selat yang bersebelahan dengan Jalan Bandar, betul-betul berada di jantung Bandar Teluk Intan, bandar ketiga terbesar di selatan negeri Perak Darul Ridzuan. Kini, menara ini berstatus sebagai menara condong kedua di dunia selepas Pisa di Itali. Itu dia sedikit sebanyak info mengenai Menara Condong ni... 

Menara Condong

Menara Condong

Info

Orang jual belon

Depan Menara Condong

Jangan parking sebarangan

Agak hampa jugak sebab nak shoot di bahagian belakangnya penuh dengan gerai orang berjualan, macam bazar jugaklah. Banyak gerai t-shirt, gerai belon, gerai cenderahati dan gerai buah-buahan dibuka. Selalu area Menara Condong ni kosong je, kebetulan pulak hari tu penuh dengan orang... musim cuti sekolah agaknya. Tak tunggu lama, kami teruskan perjalanan keluar dari Teluk Intan menuju ke Bagan Nahoda Omar (BNO) untuk pekena mee udang!

Dah sampai BNO, nampak pintu gerbang ni pandu terus lebih kurang 20 minit sehingga ke hujung jalan menghala ke pantai

Bagan Nakhoda Omar ialah sebuah pekan kecil dalam daerah Sabak Bernam, Selangor. Sesuai dengan namanya, pekan ini terletak berhampiran pantai dan kampung nelayan. Merupakan destinasi istimewa bagi penggemar aktiviti memancing dan bermain layang-layang. Terdapat kemudahan chalet dan Kedai Zaiton Laksa Pantai dan Mee Udang!

Papan tanda belakang kedai Kak Ton

Mee Udang dah sampai... rasa? Oklah bagi tekak aku

Mee Goreng Udang... anak aku cakap tak berapa sedap. Anak aku ni penggemar mee goreng tegar. Pegi mana-mana semua nak oder mee goreng. Dia boleh komen, mee goreng kat Sentul lagi sedap! Mula-mula tak habis separuh, last-last dia bedal jugaklah... dah lapar agaknya

Riang ria menjamah makanan, 2 mee goreng udang dan 2 mee udang... teh o ais limau dan ABC dia pun sedap jugak la walaupun simple

Habih licin

Pada aku Mee Udangnya sedap la jugak... kuah pekat, udang segar dari ladang. Boleh la nak ripit lagi. Harganya pun agak murah

Tukang masak

Kedai

Kak Zaiton Laksa Pantai, singgahlah!

Selamat Jalan, Jumpa lagi!

Sampai KL sekitar jam 5.00 petang... Fuhhh! Tamat jugak trip ke Lumut - Pulau Pangkor ni!

Selasa, 28 Januari 2014

Trip Cuti Sekolah Lumut - Pulau Pangkor 03 (Jalan-Jalan ke Pulau Pangkor)

Hari tu pukul 8.00 pagi kami dah gerak keluar dari Hotel ke Jeti Lumut untuk ke Pulau Pangkor. Jalan agak lengang, orang pun tak berapa ramai. Selepas meletakkan kereta di parking bertingkat berhampiran Jeti kami bergegas turun beli sedikit bekalan untuk breakfast di Pulau Pangkor nanti. Parking bertingkat pun tak berapa mahal sangat, RM0.40 sen sejam. Oklah...

Medan Tempat Letak Kereta. Parking je kat dalam tu


Beli breakfast, tapau je makan kat Pangkor

Belum sampai lagi, masih di Jeti tunggu feri

Tiket pergi-balik. Jangan buang pulak tiket tu, guna semasa balik ke Jeti Lumut nanti

Lepas dapat tiket terus ke feri yang sedang menunggu. Orang tak berapa ramai pagi ni, tak payah beratur... terus je masuk dalam Feri. Itu sebab kitorang datang awal-awal. Kaunter tiket pun tak sesak sangat. Aku ni jenis tak suka beratur panjang-panjang, lenguh kepala lutut. Harga tiket pergi-balik RM10 dewasa dan RM6 Kanak-kanak.
Cuaca mendung sikit di perairan Lumut ni. Harap langit biru menunggu di Pulau Pangkor nanti, barulah ada selera sikit nak snap gambar.


Pelayaran ke Pulau Pangkor

Kampung nelayan

Dari atas feri

Perkampungan nelayan Sungai Pinang

Jeti Penumpang Sungai Pinang

Bot Pukat Bilis keluar mencari rezeki

"Cepat la ayah! Goyang ni!"

"agak-agak ada orang jual Lego tak kat Pulau Pangkor ni..."

Feri berlayar balik ke Jeti Lumut

Posing dengan si abang

Dah sampai Pulau Pangkor... selamba je usung bekal


Pulau Pangkor banyak jugak perubahannya di sekitar Jeti dan pekannya. Sekarang dah ada bank, tandas dan surau yang bersih. Takde masalah kalau nak amik duit, memerut dan sembahyang. Satu hari ni kami bercadang nak lepak di Teluk Nipah je, tambang teksi RM15 untuk satu keluarga. Pada asalnya nak ke Pasir Bogak, tapi tak direkemenkan oleh abang teksi sebab Pasir Bogak dah tak macam dulu lagi. Orang tak ramai mandi atau beraktiviti kat sana. Untuk ke Pasir Bogak tambangnya RM10 satu keluarga. Lalu di Pasir Bogak memang betul pun... macam sunyi je walaupun kedai-kedai jual cenderahati dan aktiviti air masih ada di sana...


Van berwarna pink ni sebagai teksi di Pulau Pangkor 


Dah sampai ke Teluk Nipah, macam-macam aktiviti ditawarkan. Ada duit bayar je


Water Taxi






Pelampung kesunyian


Anak aku snorkeling sendiri je, takde ikan pun kat tepi pantai ni. Enjoy la jugak asalkan dapat mandi


Banana Boat


Girang bermandi-manda sampai tak ingat nak naik

Tapi yang tak berapa berkenannya kat Teluk Nipah ni ialah aktiviti airnya berhampiran dengan pengunjung yang bermandi-manda. Kat situlah depa parking bot untuk menaik dan menurunkan penumpang. Kat situlah orang main jet ski. Kat situ jugaklah orang naik Banana Boat dan sewa bot untuk bersiar-siar di sekeliling Pulau Pangkor ni. Aku risaukan bebudak tengah sedap menyelam-nyelam kat situ selambe je bot dah parking atas kepala. Sepatutnya diorang kena asingkan tempat mandi dan tempat aktiviti air ni contohnya, rentangkan tali kuning atau letak sign berpelampung kat situ. Aku tengok jet ski dengan botnya sama laju je lalu celah-celah orang yang mandi manda tu. Tu sebab aku suruh anak aku mandi tepi-tepi batu je... 


Sementara tunggu anak mandi, berdating macam zaman muda-muda dulu hiks...


Pantai Teluk Nipah


Pantainya cantik lagi. Pasir memutih. Hari tu memang awan menyebelahi aku beserta langit birunya. Layan gambar sekitar Teluk Nipah...


Teluk Nipah

Teluk Nipah

Bot menunggu penumpang


Mandi-manda di Teluk Nipah


Batu-batu

Batu-batu

Batu-batu


Dah tengahari lepas anak-anak aku puas mandi, kitorang jalan-jalan sekitar Teluk Nipah ni tengok cenderahati apa yang patut. Harga masih OK lagi, cuma kena pandai memilih la. Ada yang mahal ada yang murah. 
Errr... kemudahan tandas kat sini ialah RM1.00 untuk memerut dan RM1.50 untuk mandi. Lagi lima tahun mungkin harganya akan naik lagi kot hehehee...


Haaa... kat tepi batu-batu tu la brader ni memancing sotong. Guna umpan tiruan je... aaaargghhhh!!! Kenapa la aku tak bawak batang pancing aku!

Pelampung

Beruk bergantungan

Anak aku dok bodek jugak beli benda ni




Ole-ole Pangkor


Buntal gigi besar

Feeeewiiiittt... buntal yang hensem


Buntal yang garang!


Perjalanan balik ke Pekan Pangkor. Kaki aku asyik menekan brek je naik van ni. Kat selekoh tajam selamba yaya je abang teksi ni lap!


Sampai ke Pekan Pangkor... cari ikan masin dan keropok


Kedai yang famous kat sini (Tuan kedai cakap la)


Keropok keping


Sotong kering


Cenderahati


Keropok ikan rumpai laut... sedap!


Pantun berapa kerat ni...?


Bye-bye Pulau Pangkor... balik ke Jeti Lumut

Pulau Pangkor masih cantik pada mata aku, boleh la nak repeat lagi. Makanan takdelah mahal mana, kena pandai-pandailah pilih ikut selera dan poket anda. Pengangkutan sewa teksi dan motor bersepah kat sini. Aktiviti air pun banyak pilihan dengan harga berpatutan. Mana-mana yang sewa motor tu gunakanlah minyak yang anda isi tu sebaik-baiknya, guna sampai nak habis minyak tu sebab belen petrol yang ada dalam tangki motor yang kita sewa tu akan disedut keluar oleh nyonya atau macha tukang sewa tu, tak tahu apa tujuannya. aku nak amik gamba tapi takut kena taji dengan diorang pulak... hihihihi...