Khamis, 17 Oktober 2013

Aku & ROKOK

Kali ini bukan nak cerita pasal harga rokok yang naik lagi, ini kisah seorang AKU kaki rokok tegar yang berjaya berhenti merokok! Huh, bukan senang nak berenti merokok. Boleh mati dibuatnya. Segalanya berlaku bukan dirancang. Terjadi secara spontan atau kebetulan. Aku mula berhenti merokok pada 01 Ogos 2009 secara drastik atau tiba-tiba. Maksudnya berhenti mengejut, sebabnya bertahun-tahun aku plan nak berenti merokok selalu tak menjadi. Aku mula merokok pada tahun 1989 dan jika nak dikirakan jumlah nakotin dan tar yang ada dalam badan aku dalam tempoh itu, paham-paham sendirilah.
Gambar dari Google

Bila tiba bulan puasa, maka time itulah aku akan mula berniat nak berhenti merokok. Itulah masa terbaik untuk berhenti merokok bagi kebanyakkan perokok seperti aku ni. Namun niat murni tersebut sering gagal kerana tahap keinginan makan asap lebih tinggi dari nak menikmati juadah berbuka puasa.

Boleh ke berhenti merokok macam tu je? Jawapannya tak boleh! Sebab? Kalau kita berhenti merokok secara mengejut, urat saraf kita akan 'marah' kerana 'beliau' tidak menerima nakotin pada waktu tersebut. Jadi berhenti merokoklah secara berperingkat-peringkat. Minggu ni hisap 7 batang sehari. Minggu depan 4 batang sehari, minggu lepas tu 3 batang sehari, minggu berikutnya sebatang sehari. Lepas tu tak payah ambil rokok lagi. Cis! Senangnya bercakap.

Best ke berhenti merokok secara mengejut? Jawapannya TAK BEST! Berdasarkan pengalaman aku, minggu kedua akan mula sakit-sakit di bahagian dada (kat jantung) - Menurut kata doktor yang aku temui, Dia cakap jantung 'marah' sebab tak dapat mengepam nakotin. Sakitnya seperti dada ditekan-tekan.
Ini berlanjutan sehingga minggu ketiga. Masa ni aku dah mula demam dan lemah seluruh badan. Jika tak kuat semangat bukan saja nak hisap balik benda tu, malah nak buat air rebusan dan minum terus air tembakau tu... 
Gambar dari Google

Masuk minggu keempat akan sakit belakang badan bahagian buah pinggang. Nak tunduk dan bangun pun payah. Masa ni kalau ada orang buat-buat tanya kenapa aku jalan membongkok, aku akan libas dengan batang rod aku tu. 'Kesengsaraan' ini akan berlanjutan sehingga dua bulan, tapi bila berjaya melepasi tiga bulan yang pertama dah kira nak sukses dah tu. Selepas dua bulan sakit dada dan belakang akan hilang beransur-ansur, masa ni nafas pun lancar dan makan pun berselera. 
Gambar dari koleksi peribadi

Selepas beberapa bulan menjalani saat genting tidak dinafikan kesan ketagihan masih ada lagi dalam diri. Keinginan nak menjamah kembali asap rokok masih menebal. Maklumlah, aku mula merokok bermula dari bangku sekolah lagi (curi-curi hisap rokok). Namun aku ada satu senjata untuk menahan ketagihan ni. Percayalah, aku berhenti merokok bukan bantuan ubat dari farmasi yang masuk iklan dalam TV tu, juga bukan kerana jumpa doktor pakar dan makan ubat hospital dan klinik. Aku dah cuba macam-macam ubat, tapi tak menjadi jugak. Aku melawan ketagihan hanya dengan memakan buah kurma. Tapi aku tak bermula pada bulan Ramadhan. Tetapi lebihan kurma masa bulan puasa dulu aku jadikan bekalan buat mengganti gula-gula yang boleh menyebabkan kencing manis pulak.
Gambar dari Google

Aku bercerita ni berdasarkan pengalaman untuk dikongsi bersama. Jika ada keinginan untuk berhenti merokok ni cuba lawan sehabis-habisnya. Yang perlu kuat adalah niat dari hati kita. Kadang-kadang fikiran ni jahat jugak dok hasut kita. Dia selalu berkata "ala... hisap la sikit rokok tu, sebatang je... bukannya jadi apa-apa pun" Maka hati kena kuat melawan perasaan tu lalu berkata "Aku nak berenti merokok, aku sayangkan anak bini aku, kesian diorang sebab jika aku merokok dalam rumah, dalam kereta dan dalam tandas asap rokok aku akan jadi habuan mereka jugak..." 

Gambar dari tepi longkang

Kepada yang nak berhenti merokok tu aku ucapkan selamat maju jaya. Memang senang bercerita sebab aku dah berjaya berhenti merokok. Tapi percayalah walaupun gagal percubaan pertama tak semestinya anda gagal pada percubaan seterusnya...