Selasa, 19 Jun 2012

Layan Sg. Gombak

Jika hari cuti petang-petang di sinilah tempat untuk aku dan anak-anak mengasah bakat dan melepaskan gian memancing talapia Sg Gombak yang berdekatan dengan rumah. Dengan aktiviti macam ni dapat memupuk pengetahuan dikalangan anak-anak aku. Bebudak ni jika dapat memancing tak kira dapat ikan apa, akan jadi pengalaman dan kebanggaan diorang untuk menghayatinya. Talapia kat sini boleh tahan jugak besarnya. Sengaja aku bagi rod halus kat anak aku, biar diorang hayati kuasa tarikannya...


Rod halus dengan tali 4 paun memberikan tarikan yang mengujakan.



Rata-rata talapia berat 400 - 500 gram.



Yang ni hentam gewang selaman.


Gewang ni sengaja aku lalukan dekat dengan sarangnya. Sekali dia tanduk gewang tu terus lekat kat kepala hahaaaa...



Yang ni ketika aku melayan sangkut. Macam-macam ada kat sungai ni. Dari beg plastik, pampers dan seluar dalam!



Casting talapia, memang ngancam.






Pantang ada gewang yang lalu di depan sarangnya, mesti dihambatnya!



Kami memancing suka-suka je, tangkapan dilepaskan semua sebab tak lalu nak makan. Orang cakap talapia kat sini sedap dan tidak hanyir. Dagingnya pejal dan manis. Entah la... pada aku belum bersedia lagi nak makan ikan ni dari Sg Gombak. Aku tengok mat indon dan mat bangla selamba je diorang bawa balik makan... sedap le tu gamaknya.